Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Thursday, October 22, 2015

Adab pemakaian pesakit wanita


Majoriti pesakit kerohanian, gangguan dan sihir adalah di kalangan wanita. Maka dengan itu jika saya melaksanakan tugasan meruqyah dan merawat saya akan meminta mereka bertelekung dan menutup kaki atau memakai stokin.

Meminimakan sentuhan dan jika perlu akan menggunakan tangan si suami atau mahramnya yang juga diwajibkan hadir di sebelah.

Sentuhan pada tapak kaki di titik refleks dengan bacaan ruqyah ternyata memberi kesan kepada jin di organ dan tubuh tertentu tanpa perlu disentuh bahagian tersebut yang diinapi Jin.

Kepada yang tidak menutup aurat, juga akan saya minta bertelakung dan perlu difahami bahawa kesembuhan mungkin menjadi sukar jika si muslim tidak menutup aurat selepas rawatan.

Bagi si bukan muslim mungkin disegerakan kesembuhan sebagai asbab mereka menerima hidayah.

Muhammad Nuruddin Bashah
017-6291368
012-5296690

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat