Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Thursday, October 22, 2015

TIPS SUPAYA PERAWAT TIDAK KENA SERANGAN JIN


TIPS SUPAYA PERAWAT TIDAK KENA SERANGAN JIN

1) Ikhlaskan diri merawat kerana Allah.Maksudnya disini kita perlu tanamkan setiap masa niat kita         merawat pesakit untuk 3 perkara,pertama kerana fardu kifayah,kedua kerana menyelamatkan               akidah umat islam dari berjumpa tukang tenung/bomoh dan ketiga ialah untuk mengembangkan         kaedah perubatan islam warisan nabi.

2) Perlu mengamalkan ayat-ayat pelindung diri tiap-tiap kali lepas solat.

3) Membaca dengan kuat ayat-ayat ruqyah semasa rawatan.

4) Pagar rumah guna ayat qursy seminggu sekali.

5) Pasang cd ruqyah dirumah SEKALI sehari (lebih afdal kalau membaca sendiri).

6) Kaedah rawatan perlu seiring sunnah 100% supaya dapat barakah sanad.

7) Jangan menelek atau memberi info-info yang tak bermanfaat bagi menyedapkan hati
     pesakit.

8) Merawat ketika benar-benar bersedia,jangan ketika terlampau penat,sibuk dsbgnya

9) Lakukan mandian seperti kita rawat pesakit sekali-sekala untuk buang tempias.

10)Berbekam sebulan sekali

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat