Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Tuesday, November 10, 2015

Rawat susuk perlu taubat dahulu...


Ada pesakit telefon ingin rawat susuk dan seorang keluarganya pula ingin rawat sakit akibat mengamal amalan salah (mentera). katanya merata berubat tapi tidak sembuh.

Saya sms semula...

1) Buat solat taubat kerana dua kes ini kes dosa besar yang pesakit lakukan.

2) Buat zikir penyucian sebelum datang merawat (akan memudahkan ruqyah saya kelak) yan dinamakan zikir istinjak ( istighfar 100X, selawat 100 X dan Lailahaillah 100X)

3) saya tak hebat tetapi yakin dengan ayatNya sahaja malah saya perawat junior.

jawapan sms,....tak jadi merawat...


Fakta :

1) Bukan mudah suruh orang bertaubat atau ungkit dosa besar mereka walaupun jelas.

2) Bagi mereka selepas berubat dengan tokoh besar ternama dan tidak lega..inikan pula perawat ynag mengaku junior.

3) Mungkin tidak yakin dengan ruqyah yang mendoa menggunakan ayat al Quran atau kecel hati saya meminta bersolat taubat.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017 6291368

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat