Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Thursday, February 25, 2016

Sakit jantung hilang selera makan; Al Quran juga membantu


Saya dijemput ke sebuah kampung sekitar Pantai Merdeka  untuk merawat anak kecil seusia 8 tahun yang mengidap penyakit jantung. Pembedahan tidak mampu dibuat oleh mereka. Diceritakan si anak tidak bermaya tidak lau makan, hanya minum air tin untuk dapat tenaga dan kerap meracau mengatakan putus asas untuk sembuh dan hidup.

Saya niatkan rawatan untuk menaikkan selera makan si anak itu dan mengembalikan semangat beliau untuk bermain semula dengan rakan-rakan.

Saya bacakan pada minyak zaitun extra virgin:

1) Dia nurun Nubuwwah
2) 20 ayat ruqyah
3) Ulangan ayat taubah ini (usap dada dan belakangnya)

4) Ulangan ayat 

Si ibu maklumkan kepada saya bahawa anaknya sudah mahu makan nasi sehingga 4 kali sehari (sebelumnya satu hidangan pun sukar habiskan) serta sudah mudah tidur.

Saya pesan, teruskan mengambil minyak zaitun, diminta kekalkan ubat hospital serta banyak solat hajat untuk si anak.



Kita hanya ikhtiar,

Rawatan tamat.

Sekian.

Allah Maha Penyembuh, kita hanya ikhtiar....

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690 (sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Saturday, February 6, 2016

Gatal waktu asar hingga maghrib, jika dah ke klinik cuba ruqyah juga...


Sepasang suami isteri awal 20an membawa anak sulung lelaki mereka ke rumah. 

Katanya si anak sakit garal seperti kelopak garam bermula jam 6 petang hingga isyak. Dalam tempoh itu sahaja.

Saya minta merek ke kelinik esok jika belum selesai dengan kaedah ruqyah. Mereka akur dan janji akan bawa anak ke kelinik.

Saya mula meruqyah si anak. Diulang ayat as soffat 1-10 (pembakar jin).

Saya kemudian membacakan juga pada air, bedak sejuk dan garam kasar.

Saya minta si anak ke halaman rumah saya, garam kasar tadi dibancuh dengan air ruqyah secara pekat (paste), ditonyoh pada badan si anak sambil diulang ayat kursi banyak kali. saya biarkan dalam 15 minit sambil meminta si anak itu mengulang-ulang Surah Al fatihah dan An Nas.

badanya jadi pedih tindak balas garam pada kulit yang digaru barangkali.

saya minta ibunya tutup pintu dan tingkap di waktu peang dengan bacaan bismillah. Bedak sejuk dibancuh dengan air ruqyah dan disapu ke badan anak malam itu.

Kata si anak, semasa ruqyah di baca tadi, rasa tenang dan tangan menggaru terhenti.

Keesokan hari ibu bapanya beri mesej si anak tidak gatal lagi waktu petang hingga tengah malam (selepas hampir sebulan gatal sebegitu) dan mereka terus berikan  bedak sejuk dan garam kepada anak beberapa hari lagi.

Rawatan tamat.

Sekian.

Allah Maha Penyembuh, kita hanya ikhtiar....

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690 (sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Orang tua ada saka? Belum tentu...


Beberapa kes yang saya hadapi kebelakangan ini adalah kisah orang tua yang seusia 70-90 tahun yang sudah uzur benar dan berperangani ganjil.

1) Suka marah-marah
2) Tidak mahu solat
3) Susah mandi
4) Agak pengotor
5) Gila dunia, asyik mengira harta dan wang serta ingatkan tanah rumah dll.

Selalunya keluarga atau jiran menyangkakan kes saka dan mula membicarakan kelakukan si tua semasa mudanya.

Dalam beberapa kes yang saya hadapi walaupun pada mulanya si tua memarahi saya atau memperlekeh bacaan saya tetapi semasa bacaan di baca dengan kuat kelihatan mata si tua berubah, redup dan ada yang mula mengikuti bacaan saya.

Akhirnya ada yang minta hadir semula untuk dibacakan semula...

Sebenarnya pada pandangan saya disebabkan si tua ada yang sakit terlantar ada yang lama di hospital dalam keadaan ibadat terbatas dan sakit, lemah disitulah punca untuk jin liar, syaitan untuk menghasut dan merasuki sebahagian tindak-tanduk si tua. Bukannya saka atau jin belaannya.

Selalunya metod saya adalah dibacakan ayat Al Quran dan selawat dengan kuatnya.

Dibacakan jampi pada cuka makan untuk disembur di bilik pesakit dan diberi habbatus sauda dan minyak zaitun yang diruqyah. Dua bahan sunnah ini ampuh untuk banyak penyakit orang usia emas. Malah menambahkan antibodi.

Amalan untuk si anak (dihembus kepala si ayah/emak) dan si pesakit sendiri:

1) Surah An Nas (qul auzubirabbinnas) - 21 X (lebih banyak lebih baik)
2) Surah Mukminum ayat 3 (Untuk elak bercakap merapu/merepek) - 21 X


3) Surah Mukminum ayat 9 ( galakkan jaga solat) - 21 X



Sekian.

Allah Maha Penyembuh, kita hanya ikhtiar....

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690 (sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Friday, February 5, 2016

Jom berguru dan sertai Darul Ansar...


Merawat penagih dengan air kelapa muda dan garam bukit

Pagi sabtu saya dijemput untuk cuba ikhtiar rawat penagih estacy (pil khayal) seorang anak muda awal 20an rasanya. Dijemput oleh Ibu dan neneknya ke rumah.

Seperti biasa merawat ketagihan saya minta mereka sediakan :

1) Air kelapa 1 jug

2) Garam bukit halal gel sebungkus

3) Madu tualang asli sebotol (Rm 25 di farmasi muslim)




Saya ingatkan ruqyah ini mengandungi ayat Al Quran menawar racun akibat dadah dan rokok yang diketagihkan selama ini. Namun saya akan bacakan juga ayat-ayat sihir dan pemanas jin untuk lihat kesannya. Saya ingatkan kepada anak muda bahawa anda orang baik sebab itu anda serah diri untuk dirawat dan ingin menjadi muslim yang baik. Syaitan yang menghasut anda dan merosakkan minda anda sehingga anda menjadi penagih. Anda adaah sebaik-baik kejadian (saya bacakan ayat Surah Tiin)

Saya bacakan set ayat-ayat ruqyah biasa serta Doa nurun Nubuwwah.

Anak muda ada reaksi dada berebar dan bergetar sedikit kepalanya.

selepas tamat sesi awal saya tanyakan lanjut tentang dirinya. Anak muda mengaku jadi baran dan panas tiap kali mengambil wudhuk dan mahu solat. Malah semasa dibacakan ayat tadi beliau gentar dan berdebar.



Perlu diingat, menagih, melakukan dosa dan jenayah ada kaitan dengan syaitan, jin. Ruqyah dan bimbingan agama adalah antara cara menyelesai masalah masyarakat bukan sekadar hukuman.

Saya bekalkan ayat surah As Syuaara 168-169 berkaitan penampan gejala sosial. Ayat berkenaan adalah kisah Nabi Lut yang berdoa dijauhkan gejala sonsang masyarakatnya. Saya tulis ayat dalam tulisan rumi kerana kita faham bagaimana tahap bacaan Al Qurannya. Yang penting beliau baca ratusan kali setiap hari.



Kemudian saya bacakan bismillah 5 dan fatihah 30 kali pada air kelapa, garam dan madu serta ayat 23 Al Furqan untuk membatal perancangan jahat manusia dan syaitan kepada si anak muda.

Saya pesan solat, sabar dan istiqamah sepanjang merawat diri sendiri. 

Beliau perlu diberi air kepala muda campur sesudu garam bukit ruqyah setiap hari hingga habis semua garam untuk menawarkan racun.

Rawatan selesai.

Allah Maha Penyembuh, kita hanya ikhtiar....

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690 (sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Monday, February 1, 2016

Khasiat Air Ruqyah Booster (pengganda)


Maklum balas penggunaan (minum/mandi/sapu muka) air Ruqyah Booster yang kami sediakan adalah pelbagai:

1) Panas tengkuk, sakit pinggang dan sakit kian reda dari hari ke hari (minum setiap hari 2 gelas)
2) Muntah beberapa beg plastik dan kian lega
3) Mimpi buruk, sakit pinggang, lendir busuk keluar mulut (dinasihatkan kurangkan dos tetapi teruskan untuk hilangkan terus gangguan/sihir/saka pada badan)
4) Pasangan yang baran kelihaan gelisah dan panas (tanda ada gangguan) (dinasihatkan terus beri minum secara rahsia)

Secara Jelas apa bacaan pada air Ruqyah Booster yang disediakan?

Pakej 1 (40-45 minit)
1) Fatihah 7 X, Doa Nurun Nubuwah
2) Ayat Kursi 77 X
3)  Ayat 128 – 129 Surah At-Taubah 21 X
4) Yasin ayat 82  11X
5) Hasbunallah wani'mal wakil 19 X
6) Bismillah 5
7) Ayat al Furqan 23 10 X
8) Selawat munjiat, selawat Fatih, Selawat Syifa, Selawat Tafrijiyah, Selawat Ibrahimiyah
9) La hawlawala ....

Pakej 2 (40-45 minit)
1) Fatihah dan ayat kursi , Doa Nurun Nubuwah
2) Yasin 7 Mubin
3) Doa batal sihir
4) Selawat munjiat, fatih, Syifa, Tafrijiyah, Ibrahimiyah
5) Lahawlawala....

Pakej 3 (40-45 minit)
1) Fatihah, ayat kursi, Doa Nurun Nubuwah
2) Bacaan Doa Asmaul Husna, Hizib Sakran, Hizib Nawawi, Hizib Bahar (ada ulangan ayat kursi yang banyak)
3) La Hawlawala.....

Bacaan hanya pada 2-3 botol sahaja sekali buat. Dihembus ke botol secara 'direct' beberapa kali sepanjang bacaan. Di baca kelajuan sederhana dan fokus. Lantaran itu saya ambil kos sebotol

RM 20  /5 liter air mineral

Semua ini ikhtiyar dan pesakit perlu niatkan apa yang ingin diubati semasa minum. Kesemua hizib dan doa mengandungi ayat Al Quran.


Allah Maha Penyembuh, kita hanya ikhtiar....

Muhammad Nuruddin (Muallij) dan Wardah
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690 (sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat