Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Friday, March 4, 2016

Limau, garam bukan perubatan sunnah.... ini Kaedah fiqhnya

Ada yang meragui ulama' perawat nusantara yang merawat dengan menggunakan limau nipis, limau purut, bunga mawar dan garam sedangkan bahan-bahan ini tidak diguna oleh para salafus soleh dalam perawatan mereka. 

Usulnya sama iaitu kaedah ruqyah, asasnya sama iaitu ruqyah atau jampi perlu difahami maksudnya, bertujuan penyembuhan dan faham Alah yang Maha penyembuh serta faham dalam ruqyah haram ada unsur syirik atau pemujaan. Jadi  apa-apa ayat Al Quran, doa mathur, doa ilham ulama', selawat mathur mahupun selawat ilham ulama' adalah ampuh dan mujarab untuk perubatan cara Islam.




Tiada klaus atau nas yang meletakkan secara jelas haram penggunaan limau, haram penggunaan doa bukan mathur dan haram menggunakan apa sahaja yang tiada dalam dalil hadis Nabi. Inilah keluasan syara' dalam memberi ruang perubatan yang tidak rigid tetapi masih berlandas asas syara' yang menolak syirik.

Kaedah fiqh yang diguna pakai oleh para ulama' perubatan antaranya kaedah terkenal di bawah:


(الأصل فى الاشيأ الاباحة, حتى يدل الدليل على التحريم) Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang menunjukkan haram. Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi Darda’ yang diriwayatkan oleh Bazzar dan al-Tabrani:

ما أحل الله فهو حلال, وما حرم فهو حرام, وما سكت عنه فهوا عفو,فاقبلوا من الله عافيته, فان الله لك يكن ليسى شيئا
Bermaksud: Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu.

Adakah semua perkara tanpa nas dianggap harus dalam kedah fiqh? Tidak semuanya. Misalnya dalam masalah seksual, asal permasalahan seks adaah haram sehingga ada perkara yang menghalalkannya.


الأَصْلُ فِي الَإ بْضَاعِ التَّحْرِيْمُ
Hukum asal pada masalah seks adalah haram
Maksud kaedah ini adalah dalam hubungan seks, pada asalnya haram sampai datang sebab-sebab yang jelas dan tanpa meragukan lagi yang menghalalkannya, yaitu dengan adanya akad pernikahan. Haram melakukan seks di luar nikah, akan tetapi berbeda halnya apabila pemuda dan pemudi tersebut telah melakukan akad nikah, maka menjadi halal apabila melakukan seks.

Inilah indahnya Islam.

 Muhammad Nuruddin (Muallij)

Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690(sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)



Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W
     

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat