Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Sunday, March 6, 2016

Sihir (buhul) dalam badan dan kes Jin kebal...apa nak buat?


Saya ada menempuhi kes-kes di mana jin amat tahan dan kelihatan kebal dengan ayat ruqyah. Ia ada beberapa keadaan. Jika jin islam telah saya ceritakan dahulu digunakan bacaan penuh surah Yasin, Al Baqarah, Jin, Soffat.

Bagi kes jin gangguan yang kebal bolehlah digunakan ayat -ayat pembatal sihir diulang 7-17 kali setiap ayat dan dihembus pada umbun-umbun berulang kali sepanjang bacaan.

Juga saya bacakan ayat di bawah daripada surah Hasyr 1-4 sebnyak 3-5 kali dan dihembus juga.


ayat ini juga dijadikan air mandian limau, garam atau ais.

Bagi kes sihir (jika petua di atas kurang berhasil), bacakan Fatihah, ayat kursi ulangan banyak dan diulang ayat surah Al Haqqah di bawah sebanyak 5-7 kali sambil dihembus-hembus pada umbun-umbun. Niat pecahkan ikatan buhul sihir dalam badan (jika sihir dalam badan)....




Sihir dalam badan hadir melalui penghantaran ghaib syaitan/jin ataupun melalui makanan dan minuman  si mangsa.

Rawatan ruqyah bagi kes kebal dan degil perlulah dilakukan dengan sabar, diulang rawatan 3-5 kali atau lebih sesi rawatan. Pesakit perlu sedikan masa, wang dan tenaga untuk dirawat.

Jangan bertukar perawat ruqyah secara bermudah-mudah kerana perawat seterusnya tidak tahu status keadaan kita. Rawat dengan sabar dan amalkan bacaan istiqgfar 100 kali dan ayat kursi 70 kali sehari. Solat berjemaah dan azanlah dalam rumah anda.


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)



Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W
      

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat