Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Sunday, March 6, 2016

Tidak tahu baca Al Quran....yasin pun kelam.....


Bagi kes berat, saya akan meminta keluarga si pesakit untuk bacakan yasin penuh ke telinag pesakit setiap hari, dibacakan ayat kursi 21 x pada telinga setiap malam.

Saya berikan petua ini kerana si pesakit tidak mampu membaca melainkan sebut Allah...Allah sahaja. Kadangkala si sakit menjadi separa gila jadi bagaimana mahu membaca Al Quran?

Inilah peranan kita selaku ahli keluarga.

Namun ada keluarga yang anggotanya keluarganya tidak mampu membaca ayat kursi dan ada yang tidak tahu membaca Yasin melainkan mengikut mulut bacaan imam atau orang lain sahaja.

Bayangkan surah yang diulang baca tiap khamis juga tidak mampu di baca umat Islam-Melayu? bagaimana mahu mentelaah Al Baqarah? As Soffat?




Inilah masalah terbesar umat Islam-Melayu hari ini. Gejala buta atau gelab Al Quran semakin serius. Sudah jauh dari payungan kasih Al Quran. 

Saya menyeru anda semua..belajarlah membaca Al Quran, jangna segan menggunakan Iqra' jilid pertama...jangan malu sesama manusia sebelum binasa di akhirat kelak.

bagaimana ubat yang Allah tinggalkan menjadi penawar jika ubat itu hanya ada di bungkusan? Inilah ibaratnya jika ada naskhah Al Quran namun tidak tahu dibaca dengan baik.

Bacalah Al Quran.... belajarlah....

Muhammad Nuruddin (Muallij)

Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)





Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W
      

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat