Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Tuesday, April 5, 2016

ALAM GHAIB...HANTU TAK WUJUD..YANG WUJUD ITU JIN DAN MALAIKAT...


Majoriti kisah khurafat dalam filem seram luar negara dan buatan Malaysia (pengarah orang Islam) mentakrifkan Hantu adalah = ruh orang mati (nenek moyang) balas dendam. Inilah doktrin paling kuat dalam masyarakat. Dalam rawatan saya paling susah nak fahamkan masyarakat yang ada fahaman ini.

Lihat hadis ini,
لَا عَدْوَى وَلَا صَفَرَ وَلَا هَامَةَ

Tidak ada penyakit yg menular, tidak ada Shafar (kematian dikarenakan penyakit cacing perut) yg terjadi dgn sendirinya,, dan tidak ada HANTU...
(HR.Muslim no.4116)

Hantu menurut hadis adalah takrifan jahiliyah iaitu ruh bergantungan kembali jadi makluk seram balas dendam dengan jasad yang mampu dilihat pancaindera kasar manusia (jasad dimensi manusia). Maknanya tiada hantu bukan tiada jin dan benda ghaib.

Dalam kitab Menjawab buku Anti Hadis (Prof Harun Din) pula mengatakan la bermakna bermaksud jangan ada. Bermakna jangan ada penyakit berjangkit, jangan ada penyakit safar dan jangan bermain ilmu hantu.

Jin saka (warisan nenek moyang atau yang hadir selepas kita berubat dengan bomoh) memanggil pewarisnya ayah, ibu atau nenek. Jangan keliru itu bukan ruh nenek kita. Itu adalah jin yang menggelar dirinya nenek atau datuk atau memanggil ibu bapa kita sebagai ibu dan ayah. Memang menyesatkan setan-setan ini.



Ada pun sekularis moden menafi terus benda ghaib, mana ada hantu zaman moden, jin sihir semua zaman 70an ada la....

Haaa jaga bebaik...silap-silap hang pun tengah jadi mangsa...

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat