Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Tuesday, April 19, 2016

JIN SAKA DAN SIMPTOM GANGGUANNYA



Kesan pesakit saka hampir sama: (beberapa kes di Pulau Sayak, Taman Rupawan Kepala Batas, Taman Chengai Kuala Kedah)

1) Sesak nafas
2) pedih mulut, dalam perut
3) Tidak lalu makan
4) Badan menggeletar teruk
5) Minpi ibu, tok nek datang bawa air minta minum atau nak kalungkan satu rantai cantik.
6) Bila nak baca ayat amalan nampka kabur dan mengantuk.
7) Susah nak ibadat/solat terutamanya.
8) Suami isteri berperang seolah-olah sihir pemisah, semua asyik tuduh menuduh kata si anu si anu buat sihir.
9) Mimpi budak kecil, rumah lama, nampak jenazah.
10) rasa takut, seram tanpa sebab.

Kes di Kuala Kedah:
seorang guru sejak sebelum nak menikah telah mimpi ngeri dan mula tidak mahumenerima bakal suami. Dua tahun bernikah seperti dalam neraka. 

Nampak kelibat nenek kebayan dalam rumah, dengar bunyi atas bumbung. Si ibu pernah berpesan berkenaan nenek kebayan itu. Si ibu tidak disukai jiran-jiran walaupun jiran silih berganti penyewanya.

Bila diruqyah ada kesan, diruqyah panjang, amalan ayat-ayat anti saka, sembur cuka ruqyah dan mandi limau, ada kesan panas pada badan, seram. Mimpi ibu nak kalungkan rantai. Kesan bertambah selepas amal sumpah putus saka.

Pesakit mula teringatkan suami yang telah tinggal berasingan dengannya. Seelumnya rasa meluat dan tidak mahu dengar nama suami sekalipun. Rawatan ulangan akan dibuat walaupun simptom kelihatan berkurangan.

Kes di Pulau Sayak:

17 tahun menderita saka, mimpi budak dll. Muntah selrpas diruqyah panjang dengan ayat-ayat azab. Dibekalkan ayat amalan, Husun Nabawiyah dan zikir. Selepas mandi dan amalan sumpah kelihatan semakin pulih. tetapi pesakit kembali menggeletar, seram dan sakit kepala teruk selepas keluar bersiar-siar ke shoping complex (tempat syaitan). Saya pesan beberapa pantang larang demi kebaikannya. Rawatan susulan akan diadakan.

Kes Taman Rupawan:

Wanita usia emas menderita sakit mulut dan perut bagaikan ada api dalam badan. tidak mahu makan kerana sakit. Doktor mengesahkan beliau SIHAT.

Saya ruqyah panjang pada pesakit, madu dan air. Selepas beramal madu sakit semakin teruk. Dalam rawatan kedua saya guna teknik ulangan.

1) Surah Jin ayat 4 dan 6 diulang 21 kali setiap satu.

2) Surah Rahman ayat 33-36 diulang 21 kali.

3) Husun Nabawiyyah diualang pada perut pesakit.

4) Saya tekapkan tangan (berlapik) pada mulut pesakit dan dibaca ayat di atas sekali lagi.

Pesakit berasa hilang sebahagian besar pedih-pedih dan hilang sakit kepala. Cuma rasa pedih masih wujud. Rawatan susulan akan dibuat.

Ketiga kes ini menggunakan daun bidara, limau, garam dan lada hitam dalam mandian. Minuman air bidara+ garam juga diberi.


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat