Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Tuesday, April 5, 2016

Kanser peparu..ruqyah boleh membantu


Saya dijemput merawat seorang pensyarah yang baru sahaja disahkan kanser peparu tahap 4. Berbekalkan petua dan amalan dari salah seorang guru saya di Kuala Lumpur, saya tekadkan diri untuk cuba merawat pesakit.

Bahan yang saya minta sediakan adalah:

1) sekotak air mineral 1.5 litre.

2) sebotol minyak zaitun extra virgin

3) sebotol jus delima (pati bukan kordial)

4) dua kotak kapsul habbatus sauda al barakah.



Saya bacakan ayat asas ruqyah (20 ayat/33 ayat harb) dengan ulangan beberapa kali setiap ayat. Semasa disentuh di dada pesakit beliau batuk dan bergegar sedikit dadanya. 

Kata pesakit rasa ada benda tak terkeluar di tekak dan ia kerap berlaku semasa solat dan tidur menyebabkan keluarga menyangka sesak nafas.

Saya bacakan ayat kursi di tekak beberapa kali dan beri minum air suam dicampur delima dan kapsul habbatus sauda.


Ruqyah diteruskan dengan bacaan ayat-ayat anti kanser selama 45 minit.

Rawatan diselesaikan dengan azan di telinga dan doa qunut nazilah.

Petua yang diberi kepada pesakit adalah bacaan al fatihah 21 kali dan ditelan air liur pada bacaan terakhir. Juga amalan ayat kursi 21 kali. Para ahli dikeluarga diingatkan agar dibacakan ayat anti kanser tiap hari dan ayat hafazhah (penjaga) di telinga pesakit agar mudah solat, bernafas dan tidur.

Menurut maklumbalas keluarga beliau, pesakit disahkan agak sihat berbanding sebelumnya oleh doktor sebelum kemoterapi. Beliau juga mudah tidur dan kelihatan tiada gejala tersekat di tekak dengan kerap. Alhamdulillah.

Untuk pesakit kanser ramai yang status kansernya tetap dan sembuh selepoas beberapa bulan beramal ayat-ayat anti kanser dan amalan habbatus sauda. Pesakit aka dibekam oleh saya pada minggu akan datang pula.

Terlalu banyak punca kanser. Pesakit ini tidak merokok. Jin dan syaitan juga antara penyumbang kepada penyakit kronik seperti kanser lantran itu ada doktor yang juga mendalami ilmu alternatif selepas melihat kesembuhan kanser melalui Al quran.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat