Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Thursday, June 30, 2016

ASMAUL HUSNA - penawar gangguan

Semalam selepas menunaikan solat terawih, saya bergegas ke Taman Berlian Sungai Petani untuk mengubati seorang warga emas wanita yang menghidapi sakit pelik. Gejalanya adalah:

1) pening berat kepala pada waktu subuh, asar dan maghrib.
2) Angin yang keluar dari mulut sehingga berbunyi kuat

Pesakit mendakwa mungkin terkena saka jirannya yang terkena dengan amalan tertentu. Saya diam dahulu dan tidak mengiakan kenyataannya.


Saya bacakan ruqyah penuh, doa nurun nubuwwah dengan ulangan banyak ayat Isra' ayat 82, dibacakan ayat intiqam berulang kali serta ulangan ayat Ahqaf 29-32 dengan ulangan banyak pada ayat 'Ya qaumana ajibuu daaiyallah'. Pesakit meraung pada ayat ini. Keluar suara jin berkenaan mengaku datang dari rumah sebelah.

" Hang jangan dok bohong, ntah mai dari mana dok fitnah jiran pulak, syaitan...." kata saya psyco jin berkenaan.

Saya ulang zakir Ya Allah, Ya muntaqim, Ya Jabbar, Ya Qahhar ulangan ratusan kali dan Laila haillallah 100 kali. Pesakit ikut zikir dengan suara kasar (jin berkenaan ikut tanda bentak, marah, sakit).

Peakit muntah selepas diberi air garam diruqyah.

Pesakit di beri amalan

Al Fatihah 17 x
Ayat Kursi 11 x
Surah An Nas 101 x
Taawuz 99 x
Bismillah 200 x
Ya hayyu ya qayyum 1000 x

Syarat saya berikan iaitu jangan sesekali mengesyaki jin datang dari siapa dan dari mana. Katakan ia ujian Allah dan amalan dibuat untuk beroleh pahala jua. Ini syarat berubat secara ruqyah.

Pagi tadi, pesakit menalifon, katanya sudah tiada angin seperti semalam, tiada ening kepala dan rasa di dada kosong dan ringan. Alhamdulillah. Allah penyembuh.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W




No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat