Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Monday, July 25, 2016

JANGAN PERCAYA KATA-KATA JIN SEMASA TERASUK

Assalamualaikum, ada sekeluarga hadir berubat gangguan si anak. Memang agak kuat gangguan itu dan seperti biasa kita tidak akan menjadi 'kahin' menenung dari mana datang gangguan.
Namun si nenek cukup yakin bahawa ibu tiri mangsa adalah penyihir cucunya. saya menegur dengan tegas jika mahu berubat dengan saya jangan sesekali mempercayai kata-kata jin syaitan. 

Ketika terasuk si jin boleh buat apa sahaja termasuk membawa keluar pisau, parang, (ntah dari mana dia samun) jarum seolah-olah benar mangsa terkena sihir dan menuduh pula si ibu tiri yang membuat sihir. Pada pemerhatian saya sepanjang rawatan si ibu tiri terus membaca ayat kursi puluhan kali mengiringi rawatan si anak tiri.

Jika kita yakin benar dengan kata-kata syaitan...kita pun macam dia juga (maaf cakap walaupun si nenek bertudung labuh)

Ramai yang walaupun mengaku mengaji, saat diuji kita tahu kita di tahap mana.... Syarat kesembuhan adalah redho dengan sakit, tidak berdendam dan buat amalan dengan ikhlas.
Hubungi : Muallij Nuruddin 017 6291368



No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat