Darul Muallij P.Pinang

Darul Muallij P.Pinang

Bekam Darul Ansar

Bekam Darul Ansar

Isnad Tadawi

Tuesday, July 26, 2016

MANDI AIS BANYAK KHASIATNYA....

Selain menyelesaikan masalah gangguan jin,saka dan sihir, ais juga ada banyak khasiatnya....

Dari laman http://temanaura.blogspot.my/2015/01/kebaikan-mandian-ais-bersama-teman-aura.html  

Mengikut kajian oleh Bleakley dari Universiti Ulster di Ireland Utara, beliau mengumpulkan data mengenai 366 atlet untuk mengesahkan kebenaran khasiat mandian ais untuk mengurangkan kesakitan. kajian mendapati atlet yang membuat mandian ais selama 5 hingga 24 minit cepat sembuh iaitu dalam masa 4 hari dengan kadar peratusan sembuh sebanyak 15 hingga 20%.

                                                                                                Sumber: Artikel Cochrane Library



Rendaman badan dengan ais telah lama diamalkan oleh para atlet seluruh dunia kerana keberkesanannya terhadap kesihatan dan tubuh badan.

Jom kita lihat antara kebaikan mandi ais....

1. Mandi ais merupakan satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.

2. Menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan.

3. Kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi ais adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekaligus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

4. Dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh badan.

5. Membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak.

Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak. Apabila badan terdedah kepada suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga seterusnya menjadikan tubuh lebih kurus.

6. Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan. Kajian mendapati air sejuk boleh merangsang 'titik biru' pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.

7. Menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori.

8. Mengurangkan masalah jerawat pada wajah.

9. Menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.

10. Membantu memulihkan otot yang tercedera selain mengurangkan kesakitan sebanyak 20%.

11. Untuk kaum lelaki pula, mandi ais dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan

1 comment:

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat